Permatang Kuartza Genting Klang
Permatang Kuartza Genting Klang

Permatang Kuartza Genting Klang

Permatang Kuartza Genting Klang merupakan sebuah daik kuartza yang melalui sepanjang kawasan timur laut Kuala Lumpur, Malaysia dalam kawasan Bukit Lagong-Kanching-Klang Gates. Berukuran lebih 16 km panjang dan 200m lebar, ia adalah yang terpanjang seumpamanya di dunia.[1]Jalur kuartza utama yang lain di Kuala Lumpur terletak di sepanjang Jalan Cheras-Kajang, berukuran 8 km panjang,[2] namun Permatang Kuartza Genting Klang adalah satu-satunya permatang kuartza seumpamanya kerana ia mempunyai empat jenis formasi kuartza. Kawasan tersebut mempunyai lima spesies tumbuh-tumbuhan endemik[2] antara 265 spesies, yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Sejenis haiwan jarang, serow[2] juga boleh ditemui di sini. Sungguhpuh Permatang Kuartza Genting Klang merupakan antara formasi geologi paling unik di Malaysia, ia kurang dilindungi dan kini berdepan dengan ancaman pembangunan perbandaran. Terbaru, rancangan Lebuhraya Lembah Klang Timur menjadi ancaman terkini terhadap Permatang Kuartza Genting Klang, memandangkan jajaran lebuh raya itu bakal melalui jalur kuartza tersebut.[3]